Baru-baru ini, tular satu kisah tujuh keluarga yang terpaksa tinggal di dalam sebuah kereta selepas diperdaya dengan tipu helah scammer.
7 keluarga tinggal di dalam kereta selepas ditipu scammer
Dapat dilihat dalam platform TikTok, Menteri Sumber Manusia yang juga merangkap sebagai Ahli Parlimen Bukit Mertajam iaitu Steven Sim memaparkan tujuh ahli keluarga yang tinggal di dalam kereta itu.
Difahamkan dari ketua keluarga itu iaitu Hilmi, dia, isteri serta lima orang anak telah tinggal di dalam kereta berkenaan selama tiga bulan selepas ditipu sewaktu ingin menyewa rumah.
@stevensimck Rumah bergerak 7 sekeluarga 🚗 #stevensim #jalanteruih #fyp #foryou #fypシ #foryoupage #penangjalanteruih #kerajaanmadani #parlimenmalaysia #pmx #madani #fypシ゚ #parlimen #ksm #kesuma
Dapat rumah baru, bantuan persekolahan, kerja baru
Kami sudah bayar deposit rumah sewa dan selepas ditipu kami buat laporan polis.
Susulan itu, Steven telah menghulurkan bantuan buat keluarga terbabit dengan menyediakan rumah baru bayaran sewa selama setahun, bantuan persekolahan anak-anak serta bantu Hilmi untuk mendapatkan kerja baru.
Dalam pada itu, Steven turut menghulurkan wang bantuan sebanyak RM2000 buat mereka membeli barangan keperluan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply