Rozita Che Wan tunggu masa jelaskan isu gagal bayar hutang Mara, minta dapatkan maklumat sahih

PELAKON Rozita Che Wan berharap orang ramai dapat bersabar menunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan berhubung dakwaan dirinya tidak membayar hutang pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 51, berkata dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk tampil membela diri dan meminta orang ramai mendapatkan maklumat sahih.

“Sila betulkan kenyataan anda atau tolong dapatkan berita yang sahih.

Akhirnya Che Ta bersuara berkenaan isu melanda dirinya.

“Satu hari nanti saya akan buat kenyataan sebenar-benarnya!” tulisnya di Instastory.

Dalam hantaran tersebut, Che Ta turut memuat naik petikan berita yang mendakwa dia tidak pernah membayar pinjaman berkenaan sejak tahun 2017.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta di Petaling Jaya, Selangor diserbu pihak Mara.

Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan Mara menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.

Bagaimanapun ketika serbuan dibuat aktres berkenaan tiada di kediaman tersebut melainkan ibunya.

Selepas satu jam serbuan dibuat Ammar dilihat memasuki kediaman tersebut.

Malah acara lelongan yang patut berlangsung pada 24 Disember membabitkan sebanyak 34 barangan dianggarkan RM902,012.46 termasuk sebuah kenderaan jenis Haval terpaksa ditunda atas sebab yang tidak didedahkan.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*