GARA-GARA bergurau dan memberi gelaran kurang baik kepada Amir Raja Lawak menerusi temu bual di podcast, pelakon Lando Zawawi menerima kecaman hebat netizen.
Kata Lando, dia sudah lama mengenali Amir dan menggangap gurauan itu sebagai perkara biasa.
“Sebenarnya saya mempromosikan Amir memandangkan dia ada produk sendiri dan saya sokong cumanya dengan cara saya, kemudian video itu dikeluarkan tanpa edit oleh pihak ketiga jadi biasalah orang tak faham (golongan pembaris).
“Jangan cepat jatuh menghukum sebab saya dengan baik memang kenal lama dan rapat malah Amir juga tiada masalah cara gurauan itu sebab dah kenal saya tapi netizen yang lebih-lebih pula,” kata Lando.
Dalam pada itu, Lando memohon maaf sekiranya gurauan itu menyebabkan ramai kurang senang dengannya malah meminta supaya tidak salah faham berhubung isu tersebut.
“Saya minta maaf sekiranya gurauan saya tu buat orang tidak selesa tapi kalau yang mengenali saya tu mungkin akan tahu karekter saya di media sosial dan luar sangat berbeza,” luahnya,” luahnya.
sumber: mstar
Leave a Reply