PELAKON Indonesia Nita Gunawan memberitahu dia menginginkan seorang lelaki berkarakter nakal untuk dijadikan pasangan hidup.
Nita, 33, dia berpendapat lelaki digelar bad boy ini lebih mempesonakan dan berbeza daripada kebanyakan lelaki lain.
“Kalau tengok lelaki nakal, nampak macam lebih menarik. Saya lebih suka lelaki yang nakal seperti itu.
Nita anggap lelaki nakal menyeronokkan.
“Cuma nakal dari segi karakter, tetapi bukan perangainya yang sebenar. Bad boy nampak style,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon ini turut menjelaskan bahawa lelaki nakal lebih mudah untuk menyesuaikan diri.
Sifat itu dikatakan menjadikan hubungan lebih bahagia dan tidak membosankan.
“Lelaki nakal boleh diajak kemana-mana sahaja seperti berkayak, tengok konsert dan layan DJ. Malah boleh diajak ke Bali, kelab pantai dan sebagainya.
“Lebih seronok kalau seperti itu, jadi saya tidak mudah bosan,” katanya.
Sumber: mstar
Leave a Reply