Zahnita Wilson Buat ‘Makeover’, Ramai Peminat Nak Cuba Gaya Rambut Ala ‘Supermodel’ – “Trend Terbaru 2025”

Model, pelakon dan usahawan, Zahnita Wilson kembali mencuri tumpuan apabila dia tampil dengan gaya rambut lebih menyerlah dan berlainan daripada sebelumnya.

Difahamkan, Zahnita di’make over’ oleh seorang penata rias bernama Chez Hamdan.

Malah, menurut Chez, akaun media sosialnya dipenuhi dengan pertanyaan netizen yang inginkan potongan rambut yang sama seperti Zahnita setelah videonya tular.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sha Al Hindwan (@sha_alhindwan)

Tak sangka pula video itu akan menjadi viral. Hari ini sahaja (semalam) semua datang salon nak buat rambut ‘Zahnita’. Bertalu-talu mesej yang masuk sampai tak menang tangan. Semua tanya tentang gaya rambut Zahnita.

Mengenali Zahnita sejak 15 tahun yang lalu ketika wanita itu masih aktif menjadi model, Chez berkata dia mengambil kesempatan untuk bertemu pelakon itu setelah kisah keganasan rumah tangga yang dialaminya menjadi tular.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zahnita

Kebetulan dia datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini dan hubungi saya untuk potong rambut. Saya ‘trim’ rambutnya agar kelihatan lebih segar dan berseri. Kira macam ‘new look’ untuk tahun 2025.

“Insya-Allah, selepas ini kita akan buat rawatan rambut pula untuk Zahnita supaya rambutnya sentiasa kelihatan sihat dan lebih terurus. Kali ini saya hanya sempat ‘trim’ sahaja kerana Zahnita kesuntukan masa” kongsinya lagi.

sumber: instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*