PELAKON Intan Ladyana tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak sulungnya iaitu Evie kini sudah memasuki alam persekolahan.
Menurut suaminya yang juga pelakon iaitu Harris Alif, 25, Intan tidak dapat mengawal kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Evie walaupun hanya seketika.
“Mestilah sebak, daripada kecil Evie duduk kat rumah. Rumah itu rasa sunyi bila Evie tiada.
Harris berkongsi momen berkenaan menerusi Instagram.
“Saya pun masih tenangkan dia lagi. Intan memang terasa kehilangan betul sebab dia memang rapat dengan Evie,” katanya.
Berkongsi pengalaman hari pertama persekolahan, Harris berkata Evie, 2, sangat teruja dan bangun awal pagi untuk bersiap ke tadika.
Malah, Harris berharap pendedahan awal persekolahan itu dapat membantu perkembangan anaknya untuk bergaul dengan rakan-rakan seusia.
“Evie seronok nak masuk sekolah, memang nampak dia gembira bersiap pagi tadi. Dia pun memang suka berkawan.
“Saya harapkan yang terbaik dan kami nak Evie dapat pendedahan awal sebab itulah kami hantar dia lebih awal ke tadika.
Sebelum ini, Harris berkongsi momen Intan mengalirkan air mata saat menghantar Evie ke tadika menerusi hantaran video di Instagram.
Lihat siaran ini di Instagram
Untuk rekod, Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi dan Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41 mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021.
Selain Evie, pasangan ini juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Umayr yang kini berusia lapan bulan.
sumber: instagram
Leave a Reply