[VIDEO] Kiah Propa Kagum Suami Tetap Solat Walaupun Sakit – ‘Aku Bersyukur Dia Tunaikan Kewajipan Sebagai Umat Islam’

Pelakon dan usahawan Kiah Propa meluahkan rasa kagum terhadap suaminya Mohamad Nazri Ismail yang tetap menunaikan ibadah solat meskipun dalam keadaan sakit.

Mendirikan solat

Menerusi hantaran di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil memuat naik video yang memaparkan suaminya sedang solat dalam keadaan berbaring di atas katil.

Ini yang aku hormat dia dari dulu, solat tak tinggal walaupun dalam kesakitan. Aku amat bersyukur dia menunaikan kewajipan dia sebagai umat Islam.

Dia qada solat dia semasa sakit.

Macam tu juga puasa sunat tapi sejak sakit ni belum ada kesempatan nak puasa katanya.

Dalam masa yang sama, Kiah juga berharap setiap doa Nazri dimakbukan oleh Allah SWT.

Video ini dia tak tahu aku ambil, walau tak berdaya seperti sebelum ini, aku yakin Allah maha mengetahui.

Moga Allah dengar segala doanya dan makbulkan permintannya.

Komen netizen

@kiahpropaviral

INI YG AKU RESPECT DIA DARI DULU SOLAT TAK TINGGAL DALAM SAKIT AKU AMAT SYUKUR DIA TUNAIKAN KEWAJIPAN DIA SBGAI UMAT ISLAM….DIA QADO SOLAT DIA MASA SAKIT…MACAM TU JUGA DIA SUKA PUASA SUNAT…TAPI SEJAK SAKIT NI BELUM ADA KESEMPATAN NAK PUASA KATANYA….VIDEO NI DIA TAK TAU AKU AMBIL….WALAU TAK DAYA SEPERTI SEBELUM INI …AKU YAKIN ALLAH MAHA MENGETAHUI MOGA ALLAH DENGAR SEGALA DOANYA DAN MAKBUL KAN PERMINTAAN DIA….😭😭😭❤️ #kiahpropa #viral #kgbahagiatelukintan #kgbahagiatelukintan #lorong10kgbahagiatelukintanperak #fyp #kgbahagia #telukintan

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat keadaan Nazri dan memuji dirinya yang cekal beribadah walaupun diuji dengan masalah kesihatan.

Sementara itu, mereka juga mendoakan agar Nazri diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Terdahulu, pada 18 November lalu Kiah kembali bergelar isteri kepada Nazri.

Hati Kiah terbuka untuk kembali bertaut kasih bersama bekas suami dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*