Ina Naim tampil menjawab kritikan dan komen daripada netizen yang mendakwa personaliti dirinya berubah sejak berkahwin baru.
Menurut Ina, dia masih sama seperti dahulu tetapi tumpuannya kini berubah kepada suami barunya, Khairul Rizal.
Menerusi satu siaran langsung di aplikasi TikTok, Ina menegaskan hubungannya dengan arwah Suhaimi sudah terputus dan tiada kaitan lagi.
Dia menjelaskan tindakannya di dunia sekarang tidak mempengaruhi arwah suaminya di alam sana.
Namun, Ina berharap doa yang disampaikan buat arwah Suhaimi ‘sampai’ dan diterima Allah SWT.
Dia turut menjelaskan sekiranya anak-anak melakukan kesilapan seperti tidak solat, itu akan mempengaruhi arwah di sana.
@inanagzjxfg jawapan ina #inanaim #suhaimisaad #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #berandatiktok #berandafyp #esekeli
Dia turut berkata dia hanya melakukan siaran langsung di TikTok hanya untuk tujuan berniaga.
Katanya, sebelum ini Suhaimi lebih aktif di media sosial dan banyak menyampaikan ilmu, manakala dia berada di belakang tabir namun suami barunya kurang arif tentang media sosial jadi dia mengambil alih peranan tersebut.
Manakala, suami barunya, Khairul Rizal banyak membantu dari segi urusan lain seperti jadual dan rundingan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply