Giliran Abang Viva pula bersuara selepas isterinya Evanoza Zakaria sebelum ini mendakwa suaminya berhubung dengan seorang wanita yang berstatus pasangan orang.
Menerusi TikTok, Abang Viva telah memuat naik tangkap layar perbualan dipercayai di antara isterinya dengan seorang lelaki lain.
Katanya, dia sudah tidak tahan dan tidak mahu berdiam diri lagi membuatkannya bersuara tentang hal tersebut.
Perbualan itu menunjukkan isterinya sedang berbual dengan lelaki berkenaan yang turut memanggil Evanoza dengan panggilan ‘dear’.
Ujarnya, tangkap layar perbualan tersebut bukanlah satu-satunya bukti yang dia ada untuk membuktikan perbuatan isterinya itu malah akui mempunyai bukti video.
Tak boleh tahan, hari-hari benda sama je ni. Kasi up satu, yang lain simpan dulu.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang tidak menyebelahi Abang Viva dan berkata mesej terbabit nampak normal sahaja dan tiada apa yang menunjukkan isterinya berlaku curang.
Kata netizen, isterinya tiada pula memburukkan Abang Viva pada orang lain tidak seperti apa yang dilakukannya malah ada yang menghentam dan berkata dia bersikap narsistik.
Dalam pada itu, sesetengah netizen menasihati Abang Viva dan isterinya untuk tidak terus menerus menyebarkan aib masing-masing sebaliknya duduk semeja untuk menyelesaikan permasalahan mereka.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam daripada akaun TikTok Abang Viva.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply