Penyanyi, Datuk Nora Ariffin lebih memilih untuk berdiam dan bersikap lebih matang apabila berdepan dengan kontroversi yang melibatkan keluarga suaminya, Dr. Rushdi Ramli.
Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin berkata dia mengikuti nasihat suami yang memintanya untuk fokus pada kehidupan mendatang dan tidak terlalu beremosi.
Nora turut menyifatkan hubungannya bersama madu merupakan takdir tertulis yang perlu diredakan.
Suami pesan untuk saya fokus dengan apa yang saya lakukan dan buat dengan cara sepatutnya melalui undang-undang, bukan dengan emosi dan saling membalas.
Menjadi orang lebih matang jangan melayan sangat. Saya pun sebenarnya sudah lama reda dengan semua yang berlaku (hubungan bersama madu).
Saya menerima dan saya bersedia berdamai dengan takdir jadi kadang kala ada benda yang boleh dipilih. Aturan hidup bukan kita yang tentukan kerana kita hanya merancang.
Memetik dari Mstar, penyanyi itu turut berkata dia kini berada dalam fasa bersyukur dengan setiap perkara yang dilaluinya tidak kira sama ada ujian mahupun kebahagiaan.
Alhamdulillah saya bersyukur, suka atau duka saya tetap bersyukur. Kalau dilanda ujian pun saya bersyukur kerana ia mengingatkan saya semula.
Dia turut memberitahu dia kini memilih untuk mengabaikan sebarang komen negatif berkaitan dirinya di media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.
Kata Nora orang terdekat juga kerap menasihatinya untuk tidak mempedulikan kata-kata yang boleh menggangu fokus dan emosinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply