Lan Zailan berada dalam keadaan kritik4l, isteri mohon doa peminat

KEADAAN pelakon Lan Zailan dilaporkan kritikal selepas kembali dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Ahad lalu.

Berkongsi perkara tersebut, isteri kepada Lan iaitu Ruby Sara Omar memberitahu pihak keluarga juga sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini itu dan diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Bacaan oksigen abang Lan okey tapi keadaan dia agak teruk. Doktor kata tak boleh ikut pada bacaan itu sahaja, kena ikut pada kemampuan dia juga.

Lan kembali dimasukkan ke hospital sejak Ahad.

“Doktor suruh panggil semua ahli keluarga dan anak-anak. Dia dipindahkan ke wad untuk mudahkan kami berkumpul.

“Maknanya doktor dah suruh saya bersedia terima kenyataan. Begitulah lebih kurang,” katanya.

Lan Zailan, 66, sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan di PPUM sejak 27 November.

Dia dibenarkan pulang pada Sabtu lalu sebelum kembali ke hospital disebabkan keadaan kurang stabil.

Dalam nada sedih, Ruby mengharapkan agar suaminya itu terus kuat melawan penyakit.

“Virus kanser aktif masuk ke paru-paru sebelah kirinya, bermakna sebarang kebarangkalian akan berlaku.

Ruby mohon doa ramai agar Lan kembali sihat.

“Moga ada keajaiban untuk abang Lan. Saya minta peminat doakan yang terbaik buatnya, ada keajaiban dan dia terus kuat,” ujarnya.

Ruby turut memaklumkan Lan kini dalam keadaan sedar namun diberi ubat dos tinggi agar boleh berehat dan tidak menghiraukan keadaan di sekeliling.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*