Scha Alyahya Kenang Kebaikan Arw4h Ibu – ‘Tiada Kata Yang Mampu Gambarkan Kehilangan Ini’

Kehilangan ibu tercinta tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata, itulah apa yang dialami oleh pelakon dan pengacara Scha Alyahya.

Kehilangan ibu

Menerusi hantaran di Instagram, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya memuat naik foto arwah ibu dan mengenang segala jasa serta kasih sayang yang dicurahkan kepadanya.

Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini, tapi saya nak ambil peluang ini untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan saya kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 41 tahun itu menyifatkan ibunya sebagai seorang insan yang memberi banyak pengajaran di dalam hidupnya.

Kepada mama tersayang, mama adalah penyuluh hidup saya, orang yang paling saya percaya dan penyokong setia serta teman baik saya.

Saya akan sentiasa membawa kasih sayang, kebaikan dan tawa mama dalam hati saya selamanya. Semoga Allah merahmati roh mama dan tempatkan mama di syurga tertinggi.

Sentiasalah mendoakan ibu saya. Al-Fatihah.

Doa buat mama

Pada hantaran yang sama, isteri kepada hos Awal Ashaari itu turut menghargai setiap doa dan kata-kata semangat yang diberikan kepadanya ketika dia kehilangan orang yang tersayang.

Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat, dan doa diwaktu yang cukup mencabar ini.

Semangat yang diberikan mengingatkan saya tentang kekuatan yang Allahyarhamah Junainah binti Hashim ada, sehingga nafas terakhirnya.

Terdahulu, ibu kepada aktres itu meninggal dunia di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 9.40 pagi Sabtu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: IG Scha Al-Yahya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*