Kakak Buat Badal Umrah Buat Allahy4rham Nidza Afham – ‘Moga Allah Izin Kita Jumpa Lagi Nanti’

Kakak sulung kepada penyanyi, Nidza Afham iaitu Nur Irfahanie Mokhtar menzahirkan rasa syukur kerana berkesempatan melakukan badal umrah buat arwah adik lelakinya.

Badal umrah untuk Afham

Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X, Irfahanie meluahkan kerinduan buat adik tersayang dan percaya pemergian Allahyarham juga memberi peringatan kepada dirinya agar lebih menghargai dan menyayangi orang sekeliling.

Awal 2024 bawa Afham melancong ke luar negara buat pertama kalinya dan akhir tahun 2024, badal umrah untuknya.

Banyak benda yang berlaku pada tahun ini, hargai semua yang di sekeliling kita. Syukur, reda, ikhlas dan buat baik sesama makhluk.

Dalam hantaran yang sama, Irfahanie turut berkongsi foto dirinya bersama Allahyarham Afham di hadapan kaabah.

Rindu sangat dengan arwah Am (panggilan Afham), moga Allah izin kita jumpa lagi nanti.

Terdahulu iaitu sekitar Ogos, Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar beriadah dan tidak sampai 24 jam pencarian dilakukan, mayat penyanyi itu ditemui berdekatan jambatan Sungai Klang.

Kematian Afham kemudian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Platform X Irfahanie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*