Bekas penyampai radio, Kieran bakal menjalani pembedahan membuang lebihan cairan di bahagian testis hari ini.
Bengkak sejak minggu lalu
Menerusi laporan Harian Metro, testis Kieran mula membengkak sejak minggu lalu. Menurut Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran, pada awalnya doktor hanya menjangka ia disebabkan angin pasang atau hernia, namun, selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, wujud cairan.
Saya baru lepas pusingan ketiga kemoterapi, dua minggu lalu. Saya sudah keluar dari hospital dan tiba-tiba, testis sebelah kiri saya bengkak. Jadi, saya datang semula ke hospital. Doktor buat pemeriksaan dan awalnya, dia ingatkan angin pasang atau hernia, tapi bukan. Kemudian, dijalankan ujian ultrasound dan sebagainya dan disahkan bukan hernia. Macam ada cairan masuk ke situ.
Tak tahulah sama ada terbocor atau kesan daripada kemoterapi atau apa. Jadi, selepas pemeriksaan, doktor buat keputusan untuk buang cecair dahulu sebab itu lebih selamat untuk kemoterapi sebab saya ada satu pusingan lagi nak sambung.
Berbicara lebih lanjut, pakar kanser meminta Kieran untuk berehat dahulu sebelum menjalani pembedahan dan keputusan itu adalah yang terbaik bagi memastikannya dapat meneruskan rawatan kemoterapi.
Selepas berbincang dengan pakar, dia cakap selesaikan itu dahulu dan rehat. Selepas pembedahan membuang cecair barulah sambung semula kemoterapi. Jadi, saya kenalah lalui satu pembedahan hari ini untuk mengeluarkan lebihan cecair yang saya tak tahu apa di dalamnya.
Terdahulu, Kieran dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: Harian Metro
Leave a Reply