Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson menerusi satu hantaran di Instagram tampil mengucapkan terima kasih buat netizen dan juga peminat di luar sana yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral terhadap dirinya.
Ia susulan pendedahan Zahnita berkenaan isu keganasan rumah tangga yang dialaminya sejak bernikah dengan suami, Abdul Zackery Ghouse.
Dia dalam pada itu sempat mempromosikan perniagaan makanan yang diusahakannya selama ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mendoakan agar ibu kepada empat orang anak ini kekal tabah dalam mendepani ujian hidup.
Malah, ada juga yang memberi cadangan agar pusat serta klinik-klinik kecantikan mengambil peluang untuk mengembalikan seri wajah bekas model terkemuka yang terkenal sekitar tahun 90-an dan 2000 ini.
Terdahulu, Zahnita tampil mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga setelah memuat naik foto dirinya lebam di bahagian mata seolah-olah ditumbuk.
Susulan itu, suami Zahnita dilaporkan telah ditahan polis bagi tujuan membantu siasatan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply