Seorang usahawan yang dikenali sebagai Juliana Mazlan tular dan mendapat perhatian warganet ketika dia melawat mangsa banjir baru-baru ini.
Lawat mangsa banjir
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Juliana dilihat sedang melawat mangsa banjir di salah sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri Kelantan.
Juliana bersama skuad prihatin hadir ke kawasan tersebut bagi memberikan sumbangan selain membantu menyediakan makanan.
Bagaimanapun, yang menarik perhatian warganet adalah pakaian usahawan tersebut yang mengenakan jaket sejuk serta beg tangan mewah.
Komen netizen
Penampilan tersebut ternyata telah menuai pelbagai reaksi warganet yang rata-rata menyifatkan, pakaian seperti itu tidak sesuai digayakan ketika bersama dengan golongan yang sedang dilanda ujian bencana.
Rasanya banjir je kan, tak ada salji.
Tolonglah bersederhana dikala kami diuji Allah.
Niat nak bantu bagus tapi kita kena sesuai dengan keadaan pakaian itu.
Kak, orang tengah susah jangan la pakai macam ini.
Nak menayang ke nak membantu?
VIDEO
@julianamazlan425
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: TikTok Juliana Mazlan
Leave a Reply