Pelawak Tauke, mengakui kontroversi yang melanda telah memberikan kesan pada dirinya terutama apabila menerima tomahan melampau daripada warganet.
Tuduhan dan fitnah
Menerusi podcast Raja Lawak, Tauke menjawab pertanyaan hos Azad Jasmin dan Radin mengenai kes jenayah pemerdagangan manusia yang pernah dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
Sekarang tengok aku dekat mana? Masih di sini bukan. Kalau betul-betul kesalahan itu, tahu tak berapa puluh tahun penjara? Jadi tak perlu aku jawab.
Manusia suka menghukum orang dengan cepat sedangkan kesalahan dan dosa kau sendiri, ada suruh tuhan cepatkan? Pandai pula kata, tunggulah dekat akhirat.
Seseorang yang dituduh belum tentu bersalah. Hanya orang yang kenal kau akan tahu kau macam mana.
Terkesan dengan kes tersebut, Tauke atau atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria mendedahkan dia hampir melakukan perkara yang tidak diingini.
Kalau nak ikutkan, selepas kes itu aku duduk tingkat 27..anak aku ada.
Ya (sudah terfikir), sebab kecaman yang aku terima, dengan kritikan yang aku dapat dan adik beradik semua pulau aku.
Tauke redha
Dalam masa yang sama, pelawak berusia 48 tahun tersebut mengambil keputusan untuk tidak lagi bersuara meskipun dihujani kecaman pada ketika itu.
Iyalah, mungkin kesilapan aku semasa kes itu aku tak bangkit untuk membetulkan.
Sebab sebelum inikan banyak kontroversi, selalunya aku ‘outspoken’ dan lawan netizen ketika itu. Tapi lagi kita melawan, lagilah kita teruk.
Justeru, Tauke mengambil pendekatan untuk menerima segalanya dengan hati yang terbuka.
Jadi sekarang ini kita redha sahaja, kita bersalah ataupun tidak. Sebab kita tak boleh tutup jutaan mulut di luar sana.
Pada aku sekarang, aku tak salahkan netizen sebab merekalah yang naikkan aku dan mereka jugalah yang menjatuhkan aku.
Terdahulu, sekitar tahun 2021 media melaporkan seorang pelawak lelaki telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks yang berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Nama Tauke telah dipetik berhubung dakwaan kes tersebut. Bagaimanapun, Tauke menjelaskan dirinya telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan sebelum mengesahkan bahawa dia bukanlah individu yang dikaitkan dengan kes berkenaan.
VIDEO
@inspirasi.my “Jual perempuan, rogol perempuan” Satu-satu tuduhan yang Tauke terima. Sampai Tauke hampir bunuh diri tau. Tapi tetap lah sabar dan redha. Hmm 🥺 Saksikan episod terbaru Raja Lawak Podcast bersama @taukejambu77 di Youtube InspirasiMY pada 2 December ini. Raja Lawak Podcast Setiap Isnin jam 8.30 malam Hanya di Youtube Channel, InspirasiMY. Pengacara: @RAA & @Azadsyaziraroses Penaja: @Kopi Saigon HQ #RajaLawakPodcast #KongsiInspirasiMY #KopiSaigon
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: TikTok Inspirasi.MY
Leave a Reply