PERNAH menerima kecaman daripada warga maya kerana memuat naik video rakaman kawasan kediaman dua anggota kumpulan BTS tahun lalu, pempengaruh yang juga usahawan dikenali sebagai Kim Seri sekali lagi menjadi sasaran di laman sosial.
Dalam kes terbaru, dia dikritik lantaran syarikat ejen pelancongan miliknya didakwa memberikan perkhidmatan yang teruk.
la susulan rungutan beberapa pelancong yang pernah mengambil pakej travel ke Korea Selatan di bawah syarikatnya.
Selain di TikTok, seorang pelayar turut memuat naik kembali komen-komen ulasan (review) pelancong Malaysia yang kecewa, di laman X.
“Tour guide under Kim Seri tiba-tiba mood swing sampai keseluruhan trip terjejas. Tak seronok langsung.
“Servis dia teruk. Mungkin yang pergi dengan kumpulan tak terasa sangat tapi yang pergi private tour… oh my God. Yang sabar je boleh bertahan.
Permohonan maaf Kim Seri di laman TikTok miliknya.
“Sangat teruk. Sampai kami kena tahan imigresen sebab return tiket tak ada.
Bayangkanlah hati tak tenteram. Return ticket dapat malam, sebelum flight esok. Banyak buruk daripada baik. Nasib selamat pergi dan balik.
“Saya kena…. tahun lepas bulan Mac. Seksa nak mati,” demikian antara rungutan yang dikongsikan.
Hantaran di laman X itu meniadi tular dan mengundang pelbagai reaksi bercampur warga maya.
“Dia tu banyak sangat nak buat. Belajar, buka restoran, buat travel, jaga anak.
“Jangan libatkan masalah peribadi dengan bisnes. Orang bayar pakej tu, bukan free. Tak profesional langsung
“Itulah, buat semua benda serentak memang terkejar-kejarlah. Tak adil bagi pelanggan dia yang kena hadap. Orang dah bayar kan, jadi orang harapkan servis yang baik la,” komen netizen.
Berikan saya sedikit masa untuk memulihkan kembali segala kritikan membina…
mohon maaf atas kekurangan yang ada
KIM SERI
Menyedari kritikan warga maya, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf dan mengakui apa yang berlaku adalah disebabkan kelemahan daripada pihak pengurusan syarikatnya.
“Saya Kim Seri dengan ini mengakui sememangnya ada banyak kelemahan di bahagian pengurusan.
“Setelah menjadi ibu tunggal yang menguruskan segalanya, saya agak burn out, kekurangan masa dan terkejar-kejar menguruskan segala-galanya sehingga mengabaikan banyak hal.
“Saya akui gagal dalam pengurusan syarikat, pengurusan perniagaan dan lain-lain,” tulisnya.
Antara komen ulasan buruk yang tular di laman sosial.
Dalam masa yang sama, pempengaruh tersebut mohon diberikan ruang dan masa untuk memperbaiki kelemahan di pihaknya.
“Sava akan cuba memperbaiki segala kelemahan pengurusan kedai makan, travel dan segala perniagaan yang berada di bawah saya.
“Berikan saya sedikit masa untuk memulikan kembali segala kritikan membina. Mohon maaf lagi sekali atas kekurangan yang ada. Ikhlas dipinta daripada hati yang paling dalam buat insan-insan terluka.
“Saya juga insan yang lemah dan tak sempurna,” tulisnya dalam kenyataan yang dimuat naik di TikTok.
Untuk rekod, Kim Seri mula dikenali selepas dia banyak berkongsi pengalamannya menyambung pelajaran di Korea Selatan di TikTok.
Hasil kerja kerasnya, dia berjaya membuka sebuah restoran iaitu Kimseri Restaurant yang terletak di Myeondong, Seoul sejak September tahun lalu.
sumber: mstar
Leave a Reply