“Semoga Diri Ini Kuat..” – Kiah Propa Maklum K4nser Suami Sudah Merebak Seluruh B4dan, Akui Berasa ‘Down’

Personaliti TV dan usahawan, Kiah Propa mengakui dirinya tidak kuat menghadapi realiti apabila suami tersayang menghidap kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan.

Kiah menerusi satu hantaran di Instagram berkata, kanser suaminya itu telah menyerang bahagian dada, paru-paru dan ketiak.

Aku down sangat apabila doktor cakap sel kanser dah merebak ke dada, paru-paru dan bawah ketiak.

Aku sedih sangat tapi dia (suami) steady je. Operation tak boleh dibuat disebabkan sel kanser dah terlalu banyak di semua saraf utama, dileher hingga ke bawah ketiak.

Untuk kimo pula, sel kanser ini tidak sensitif. Pendek kata, kimo itu hanya untuk tidurkan sel sahaja.

Kiah juga berkata sudah tiada apa yang mampu dilakukannya selain memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar dirinya tetap tabah dan sakit suaminya itu dikurniakan kesembuhan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh 🅐🅚🅤 🅚🅘🅐🅗🅟🅡🅞🅟🅐 🅢🅔🅑🅔🅝🅐🅡🤣🤣🤣 (@kiahpropasebenarr)

Ya Allah, kuatkan aku untuk suami dan anak-anak yang kecil, untuk perniagaan aku dan semuanya.

Semoga diri ini kuat dan cekal, tabah serta istiqamah mengejar tiket akhirat. Babah (panggilan suami), awak kuat tau. Saya tahu awak reda apa yang akan berlaku tapi saya sebaliknya.

Terdahulu, Kiah Propa telah selamat bernikah kembali dengan dudanya, Muhammad Nazri Ismail setelah 8 tahun hidup solo.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kiah propa kembali bergelar isteri kepada duda

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*