Kerana takut hidup bersama anak lelakinya yang ketagih dadah dan berjudi selama bertahun-tahun, seorang wanita yang bergelar ibu memutuskan untuk pasang jeriji besi seakan-akan sel penjara di dalam rumah bagi mengurung anaknya itu.
Bimbang keselamatan diri dan jiran
Difahamkan dari laporan Oddity Central, wanita Thailand tersebut membuat keputusan sedemikian kerana bimbangkan keselamatan diri serta jiran tetangga jika anak yang berusia 42 tahun itu dibiarkan bebas dan mengganas ketika ketagih dadah.
Wanita terbabit tinggal berdua bersama anak lelakinya itu, sebelum suami meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.
10 kali hantar anak ke pusat rehab tetap gagal
Menurut laporan, wanita tersebut sudah lebih 10 kali menghantar anak lelakinya itu ke pusat rehabilitasi di Thailand bagi menangani masalah ketagihan dadah tetapi gagal dan masalah itu tidak dapat diselesaikan.
Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk membuat ‘penjara’ di dalam rumah sendiri agar boleh mengurung anak jika lelaki itu bertindak ganas kerana menghisap dadah.
Biarpun begitu, dia tetap memberi keselesaan kepada anaknya seperti memberi makanan serta minuman, malah tandas turut dimiliki.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply