“Pelakon Yang Saya Maksudkan Adalah…” – Teka-Teki Akhirnya Terjawab, Bekas Adik Ipar Dedah Aida Aris Hutang Lebih RM208K

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ziela Rashid telah membuat aduan di Melodi TV3 mengenai bekas kakak iparnya yang merupakan pelakon wanita popular enggan membayar hutangnya.

Terbaharu, menerusi akaun Instagramnya, dia telah mendedahkan identiti pelakon wanita yang dimaksudkan itu.

Menerusi video tersebut, Ziela memberitahu bahawa pelakon itu ialah Aida Aris.

Hi semua, saya dengan ini ingin menyatakan pelakon yang saya maksudkan dan viral itu adalah Aida Aris. Semoga dengan penerangan ini, tiada lagi teka teki mengatakan siapa pelakon itu.

aida aris tak bayar hutang

Dia turut berharap Aida segera membayar hutangnya dan berurusan dengan pihak yang insolvensi.

Untuk Aida sila bayar hutang saya dengan Daniel secepat mungkin. Sebab dah lama sangat, empat tahun kot. Apapun tolong berurusan dengan pihak insolvensi. Itu sahaja penerangan daripada saya untuk semua yang masih tertanya-tanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ZielaDanielRuiz (@zieladanielruiz)

Info tambahan, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes kebankrapan serta hal ehwal seseorang bankrap.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*