Penyanyi Hafiz Suip memberitahu dia kini menetap di kampung halamannya iaitu di Kuching, Sarawak bagi menjaga ibu yang sakit.
Difahamkan, ibu Hafiz kini terlantar di hospital akibaat masalah paru-paru berair.
Kenapa saya nak duduk di Kuching adalah kerana saya nak jaga ibu bapa saya.
Kalau ikutkan sekarang ibu saya masih berada di wad lagi kerana alami paru-paru basah dan beri kesan pada jantung, ditambah dia ada kencing manis.
Dia dalam pada itu turut menyatakan berat hati untuk meninggalkan ibunya namun terpaksa jua demi tuntutan kerja.
Kalau ikutkan berat nak buat tetapi ibu saya juga pesan ketika dia atas katil dia kata ‘Abang just go, it’s okay I know you think about me, but jangan kecewakan your fans.
Dia juga kata pergi lah, dont spoil your career. Tapi perasaan kita sebagai seorang anak ni berbaur. Saya mengharapkan doa daripada semua kawan-kawan semoga ibu saya sihat.
Manakala perkembangan mengenai isteri, Nureffy Jesreel yang kini menetap di Kuala Lumpur bersama anak-anak, Hafiz berkata dia terpaksa berenggang seketika.
Ya (terpaksa berenggang) Alhamdulillah, isteri saya masih bekerja dan menjaga anak-anak seperti rutin sekolah mereka terpaksalah kita bahagikan masa.
Tetapi bagi saya ini adalah semua ujian. Saya rasa perkara terbaik yang kita boleh buat adalah berdoa.
Sekadar info, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Effy pada 14 Mei 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
@hafizsuip90 ke KK bah kita ni #joker
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply