[VIDEO] Acap S Sebak Pemergian Adik Alisa Umairah, Terkilan Tidak Sempat Jumpa – ‘Maafkan Uncle’

Pempengaruh media sosial, Acap S turut berduka dengan pemergian si cilik, Alisa Umairah yang meninggal dunia akibat kanser mata tahap 4.

Maafkan uncle

Menerusi hantaran di TikTok, Acap S dilihat meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan anak syurga tersebut.

Semoga Papa Panda dan keluarga kuat mengharungi. Maafkan uncle tak sempat jumpa Alisa. Kami semua sayang Alisa.

Semoga Alisa ditempatkan di tempat orang yang beriman dan akan menjadi anak yang menarik ibu bapanya ke syurga.

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 29 tahun tidak dapat menahan sebak mengenang momen bersiarang langsung di TikTok bersama Alisa.

Acap S turut memaklumkan jika berkesempatan dia akan berangkat ke Johor untuk melawat jenazah.

Sekadar info, Alisa atau nama lengkapnya Alisa Umairah Nur Hisham menghidap kanser mata tahap empat yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.

Terbaharu, Alisa telah dikhabarkan meninggal dunia pada malam Rabu (13 November).

Video

@acaps19

Adik alisa anak papa panda telah menghembuskan nafas terakhir dalam 10.30 malam tadi .semoga @PaPa PaNDaa dan family kuat mengharungi . maaf kan uncle tak sempat jumpa alisa😭. kami semua sayang alisa.

♬ original sound – Acap S – Acap S

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: TikTok Acap S

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*