Baru-baru ini, di platform TikTok tular luahan hati seorang wanita yang nekad memfailkan cerai terhadap suami biarpun sudah mendirikan rumah tangga lebih dari 20 tahun.
Suami suka marah-marah, curang
Dalam hantaran tersebut, wanita terbabit membuat keputusan sedemikian kerana sudah tidak dapat bertahan dengan sikap suami yang sering marah-marah.
@ma_maiz8833 #sabarpalingdalam #abcxyz #4u #penat #hargaiselagimasihada #sakittakberdarah #💔💔 #😭😔💔 -besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang mak.Tak mampu untuk di balas-
Bukan itu saja, malah, si suami turut suka mengungkit soal duit, lagi-lagi apabila dia yang perlu memberi kepada keluarga.
Paksa ‘layan’ walaupun sedang berpantang
Malah, lelaki terbabit juga bertindak kasar secara fizikal dan berlaku curang semasa dia sedang hamil sehinggalah melahirkan anak mereka.
Kalau ingat balik saya boleh gila. Dalam pantang pun kena buat kerja, dalam pantang suami minta dilayan.
Disebabkan itu, wanita tersebut merasakan perpisahan merupakan jalan terbaik buat dirinya demi mencari ketenangan dan fokus pada agama sahaja.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply