Selepas Fazura teruk dijadikan bahan lawak dan nyanyiannya dikritik, pengurusnya Iman Tang tampil memberi respon tentang hal tersebut.
Menurutnya, dia tiada kena mengena dengan projek lagu Bertahan Demi Cinta itu dan ia diuruskan sepenuhnya oleh Fazura Studios dan syarikat rakaman, Hits Records.
Seperti yang pernah dijelaskan, saya memang tiada kena mengena dengan projek lagu berkenaan.
Iman turut akui berasa kesal apabila namanya dipetik dan ada yang mempersalahkannya tidak mencarikan guru vokal sehingga nyanyian Fazura sumbang.
Malah kata Iman dia tidak tahu bahawa pemergian Fazura ke Indonesia adalah untuk mempromosikan lagu dalam program televisyen di sana.
Saya sendiri terkejut apabila ramai tanya tentang video persembahan Fazura yang tular, sedangkan saya tak tahu. Rasa terkilan juga bila ada petik nama dan salah saya tiada inisiatif bimbing Fazura jadi penyanyi yang bagus hingga dikecam netizen.
Terdahulu, nyanyian Fazura secara live dalam program televisyen di Indonesia menjadi tular di media sosial sehingga dijadikan bahan lawak dan parodi malah turut mendapat kritikan serta teguran daripada rakan artis.
Bukan itu sahaja, komposer terkenal, Ajai turut memberi teguran membina kepada Fazura untuk mencari guru vokal.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply