Menerusi Instagram story, Cik Epal mendedahkan dia membuat keputusan untuk bersuara tentang bisnes pizza Jofliam selepas bekas suaminya itu bertindak kurang ajar dengan ibu bapanya.
Sebab dia Whatsapp kurang ajar dengan ibu ayah aku. Kau kacau ibu ayah aku, aku memang tak boleh sabar dah.
Cik Epal mendedahkan hal tersebut ketika menjawab kepada seorang pengikutnya yang mempersoal mengapa dia bersuara tentang perniagaan pizza Jofliam sehingga menyeru pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat siasatan.
Tulis Cik Epal lagi, sebelum ini dia bersabar dan cuba selesaikan isu di antara mereka berdua dengan cara baik namun kerana tindakan melampau Jofliam itu sehingga mengganggu ibu bapanya, dia tidak boleh lagi menahan sabar.
Melampau sangat sampai kacau ibu ayah aku yang selama ni pemaaf dan baik je dengan dia. Duda aku tu memang kena ajar.
Bukan itu sahaja, Cik Epal juga turut menunjukkan tangkap layar mesej didakwa dihantar oleh Jofliam kepada ibu bapanya.
Menerusi tangkap layar itu, Jofliam dilihat seperti marah dan kecewa terhadap bekas ibu bapa mentuanya kerana isu anak-anaknya dilarikan.
Ami tak ampunkan dan ibu ayah kena merangkak cari Ami nanti dekat akhirat. Ibu ayah takkan tenang sampai hembusan nafas terakhir.
Hal itu membuatkan Cik Epal naik berang dan memberi amaran kepada Jofliam untuk melibatkan kedua ibu bapanya dalam permasalahan mereka berdua.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply