Ajai Nasihat Fazura Ambil Kelas Vokal – ‘Dia Perlukan Produser Yang Tepat, Pendengar Sekarang Sudah Bijak’

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menasihati aktres dan penyanyi Nur Fazura untuk mendaftar kelas vokal bagi memantapkan kualiti nyanyiannya.

Baiki vokal

Menurut Ajai atau nama sebenar Mohamad Faizal Maas, 49, penting untuk seseorang penyanyi tahu tahap kualiti vokal dan kelemahan serta prestasi nyanyian pada diri mereka.

Penting untuk penyanyi tahu prestasi diri sendiri tentang bunyian. Kalau penyanyi itu tahu dia ada kelemahan, sepatutnya perlu ambil kelas nyanyian untuk memperbaiki vokal.

Ada sesetengah notasi yang tidak tepat ketika dia (Fazura) menyanyi. Itu menerusi pemerhatian ringkas saya melihat video yang tular.

Ajai berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persembahan Fazura menyampaikan lagu Bertahan Demi Cinta sehingga menerima kecaman netizen.

Ajai ditemui di konsert akhir The Choosen One musim kedua yang berlangsung di Studio Visual Three, Seri Kembangan, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Guna kelebihan

Tutur Ajai lagi, Fazura mempunyai kelebihan kerana dia dikelilingi ramai individu handal dalam bidang muzik dan perkara itu harus dijadikan peluang untuk mengembangkan bakat nyanyian.

Fazura dikelilingi oleh barisan individu yang profesional dalam muzik, itu adalah peluang untuk dia besarkan lagi bakatnya dalam nyanyian.

Dia perlukan produser yang tepat, nyanyian bukan soal boleh sampai notasi yang tinggi itu bagus. Nyanyian adalah siapa yang boleh hasilkan suara yang ‘easy listening’.

Produser perlu tahu kemampuan nyanyian dia yang sedap, jangan pergi kepada bukan kemampuannya. Kalau bukan kemampuan nanti jadi masalah waktu nyanyi ‘live’.

Berkongsi lanjut, pencipta lagu Selagi Ada Cinta ini berkata, ilmu muzik pada era masa kini semakin luas dan orang ramai juga sudah cakna tentang muzik.

Perlu ingat, pendengar sudah bijak dan mereka tahu mendengar. Kerana muzik dihadiri dengan pelbagai teknologi canggih.

Ilmu muzik sekarang ini semakin meluas, bukan hanya di studio seperti zaman dahulu.

Sekarang, sesiapa sahaja boleh belajar muzik walau duduk di rumah sahaja. Dulu menyanyi sebagai hobi, sekarang menyanyi sebahagian daripada ilmu.

Tarikan penyanyi

Dalam pada itu, Ajai turut menjelaskan mengenai perbezaan antara penyanyi yang mempunyai tarikan menarik dan tiada tarikan.

Ada sesetangah penyanyi bagus menyanyi tetapi tiada tarikan pada diri mereka, ada pula penyanyi yang 50 peratus sahaja kreativi menyanyi tetapi mempunyai daya tarikan yang bagus.

Sudah pasti, rekod label akan pergi kepada penyanyi yang ada tarikan itu berbanding melabur kepada penyanyi yang bagus menyanyi tapi tiada tarikan.

Itu adalah dunia industri sebenar tetapi perlu juga menerima kenyataan apabila adala netizen yang suka dan tidak suka.

Untuk penyanyi yang ada kelebihan mempunyai peminat yang ramai dan ada tarikan, ambil inisiatif ‘upgrade’ vokal dan hasilkan bunyian yang sedap. Diri sendiri tahu nyanyian dia sedap atau tidak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*