Gandingan pelakon Fattah Amin dan Bell Ngasri ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini menjadi tumpuan ramai.
Bell Ngasri perli siapa tu?
Menerusi sesi siaran langsung itu, memaparkan kedua-dua pelakon berbakat ini sedang mempromosikan satu jenama produk tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat dan telatah spontan mereka berdua.
Semasa bersiaran langsung, ada dalam kalangan penonton meminta Fattah untuk menyanyi secara live di TikTok.
Pelakon dan pelawak Bell Ngasri kemudian bergurau dengan meminta Fattah supaya menyanyi tanpa menggunakan mikrofon untuk mengelakkan daripada dikecam netizen sekiranya nyanyiannya tidak merdu.
Ramai suruh kau nyanyi ni. Nyanyi terus je, jangan pakai mikrofon. Kalau pakai mikrofon, nyanyi teruk tak guna.
Kalau tak pakai mikrofon, kalau tak sedap orang tak marah. InsyaAllah orang akan terima.
Netizen tak setuju cara Bell bergurau
Meskipun Bell tidak menyebut nama mana-mana individu tetapi gurauannya itu seolah memerli bekas isteri Fattah iaitu Fazura yang baru-baru ini dikecam kerana suaranya yang ‘sumbang’ ketika mendendangkan lagu Bertahan Demi Cinta secara live di Indonesia.Tetapi rata-rata netizen memuji Fattah yang pandai mengawal diri dan hanya memberi reaksi bersahaja dengan gurauan tersebut.
Tidak kurang juga, ada segelintir netizen kurang bersetuju dengan cara gurauan Bell selain menyifatkan pelawak itu tidak sensitif dengan isu yang menimpa Fattah.
Jangan perli, Fazura tu tetap mak pada anak dia.
Fattah sebenarnya dia tak nak aibkan Fazura, masih menjaga. Bagus dia.
Nampak Fattah tak nak layan sangat, dia faham sebenarnya tapi saja buat blur.
Bagus respon Fattah, matang dan pandai kawal diri.
VIDEO
@ulfahnaqiyyah Hahahhaha halusss je eyh Bell perli🤣🤣 #fattah #fattahamin #fattzura #fyp #bellngasri #rissaskin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: TikTok Ulfah28
Leave a Reply