Pempengaruh bernama Cik Epal sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas mengumumkan dirinya sudah pun habis iddah dan sah bercerai dengan usahawan pizza, Jofliam.
Terbuka nak kenal lelaki lain
Dapat dilihat melalui hantaran Cik Epal, dia mengakui dirinya sudah solo dan menyindir, seolah-olah mengingatkan kata-kata seseorang yang pernah membuat pengumuman sedemikian.
Bukan sekadar itu saja, pempengaruh tersebut turut secara terbuka mengalak golongan yang mempunyai title Dato’, Dato’ Sri, Tan Sri, duda hot dan lelaki bujang mencuba nasib mengenali dirinya.
Lihat siaran ini di Instagram
Buat Dato’, Dato’ Sri, Tan Sri, duda hot, lelaki bujang, asalkan helok dan single, dah boleh masuk line. Hahahaha.
Bertegas tak akan terima suami orang
Dalam pada itu, Cik Epal turut sempat menyatakan bahawa dia tidak akan menerima lelaki yang bergelar suami selepas melalui pengalaman yang sama sebelum ini.
Meninjau di ruangan komen, ramai peminat meninggalkan kata-kata semangat buat wanita tersebut dan terus maju dalam kehidupannya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply