“Sangat Kurang Ajar” – Janna Nick Terkesan Netizen Asyik Persoal Bila Nak Ada Anak, Salahkan Dini Punca Susah Hamil

Pelakon, Janna Nick tidak dapat menahan air mata apabila sering ditanyakan soalan berkaitan dengan zuriat.

Pelakon itu berkata dia sangat terkesan apabila ada netizen yang menuduh suaminya, Dini Schatzman punca dirinya sukar untuk hamil.

Saya sangat terkesan dengan satu komen ni. Bila ramai tanya saya tentang zuriat saya tiada masalah, cuma komen ni sangat kurang ajar.”

janna nick menangis soal anak

Pelakon itu turut memberitahu bahawa dia sudah cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian AMH dan ujian HSG selain kaedah IVF.

Kami dan buat macam-macam untuk dapatkan anak. Saya sampai tanya kepada Tuhan bila nak kurniakan anak. Bila orang tanya saya tak tahu nak jawab apa.

Pelakon itu mengatakan bahawa bulan Oktober yang lalu cukup setahun dia melakukan IVF akan tetapi gagal.

Dia turut berkata dia telah mengikuti petua meminta wanita hamil untuk memijak kakinya dan dia telah meminta Nabila Razali untuk memijak kakinya kerana dia benar-benar menginginkan zuriat.

Dini yang berada di sisi Janna menasihati netizen agar tidak memberi komen yang keterlaluan sehingga boleh menggangu emosi isterinya itu.

Sekadar info tambahan, Janna dan Dini telah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun tahun lalu.

VIDEO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*