Baru-baru ini Melodi TV3 membuat sebuah hantaran yang memaparkan seorang individu yang merupakan bekas adik ipar kepada seorang selebriti membuat aduan mengenai bekas kakak iparnya yang enggan membayar hutang.
Bekas adik ipar, Ziela Rashid berkata pelakon tersebut baru sahaja memenangi anugerah di sebuah majlis berprestij baru-baru ini.
Saya nak buat aduan mengenai seorang pelakon yang baru ni menang anugerah. Saya nak dia tampil ke depan dan tolong bayar hutang saya dan suami sebanyak RM208745.59. Tak payah nak lari ini semua keputusan mahkamah dan sudah diputuskan dia kena bayar dekat saya. Jangan nak lari-lari, jangan nak tunjuk dia tak bersalah.
Dia berkata dia tidak sangka bekas kakak iparnya itu sanggup melarikan diri dan tidak mahu membayar hutang mereka. Dikhabarkan juga pelakon tersebut sudah muflis.
Ini hasil usaha titik peluh kami suami isteri. Saya sangat rapat dengan dia sebab dia bekas kakak ipar saya, bukan kawan kenal sehari dua. Sanggup dia buat macam tu dekat saya. Saya terkilan. Dia dengan megah walaupun status dia sekarang dah muflis.
Ziela turut berkata dia pernah menghantar beberapa surat tuntutan kepada pelakon tersebut namun tiada kerjasama yang diberikan sehingga kes tersebut perlu dibawa ke mahkamah.
Dia turut menambah bahawa dia tidak tahu sama ada pelakon tersebut menerima surat dari mahkamah ataupun tidak kerana sering bertukar rumah dan tidak mengemaskini alamat rumahnya yang terkini.
Di akhir temu bual, Ziela berharap bekas kakak iparnya itu tampil berbincang dan membayar hutangnya dalam tempoh masa terdekat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : melodi tv3
Leave a Reply