Idzham Ismail pula bercer4i, g4gal kawal kemarahan punca lafaz talak terhadap isteri – “Saya bukannya malaikat”

NAMPAKYA berita penceraian selebriti masih belum reda dan kali ini giliran pelakon Idzham Ismail bercerai dengan isterinya iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin.

Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, berkata, dia melafazkan cerai terhadap Abilah pada awal Oktober lalu dan Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Isnin mengesahkan lafaz dibuat.

“Baru sah tadi (pagi isnin). Mahkamah sahkan lafaz cerai yang saya buat pada awal Oktober lalu,” katanya.

Idzham melakukan lafaz cerai di luar mahkamah.

Bercakap lanjut Idzham memaklumkan konflik berpanjangan menjadi punca dia gagal mengawal kemarahan sehingga melafazkan cerai di luar mahkamah terhadap Abilah.

Tambahnya keputusan isteri kembali bekerja sebagai pramugari juga menjadi salah satu faktor berlaku perselisihan antara mereka sejak Jun lalu.

“Saya kecewa apa yang berlaku sebab ia berpunca daripada masalah kecil sahaja. Selepas saya izinkan dia bekerja semula, dia mula berubah.

“Sudah berbulan-bulan saya cuba memujuk dan tak henti memujuk. Sehinggalah pada awal Oktober saya terlafaz cerai.

“Saya manusia dan bukannya malaikat. Saya sudah bersabar berbulan-bulan,” ujar.

Tambah Idzham juga dia tidak mungkin akan kembali berbaik dengan Abilah selepas ini.

Saya sudah bersabar berbulan-bulan

IDZHAM ISMAIL

PELAKON

Kedua-dua mereka masih dalam proses perbincangan dalam menetapkan hak penjagaan anak.

“Saya boleh katakan hubungan kami sekarang memang tidak baik.

“Buat masa sekarang anak-anak di bawah jagaan saya. Saya mahu didik anak-anak dan mereka mahu tinggal bersama saya.

Anak-anak kini di bawah jagaan Idzham.

“Saya dan bekas isteri akan berbincang di masa akan datang tentang hak penjagaan anak, jelasnya.

Untk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada ogos 2016

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

sumber: mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*