PELAKON Diana Danielle nekad meneruskan penceraian dengan aktor Farid Kamil selepas setahun kembali rujuk.
Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, besar harapannya agar proses penceraian mereka dipercepatkan tanpa sebarang isu.
“Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjangkan (kes penceraian) tak perlu.
Diana harap pengakhiran terbaik buat dia dan Farid.
“Sata berserah sebab kita hanya merancang dan selebihnya kita tengok apa penghujungnya,” katanya.
Diana berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
Pelakon itu hadir ke mahkamah berkenaan bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi memfailkan penceraian terhadap Farid
Sementara itu, Akberdin berkata, alasan Diana memfailkan penceraian adalah kerana sudah tiada persefahaman dengan Farid.
“Boleh dikatakan mereka tiada persefahaman. Hari ini kami hanya failkan permohonan penceraian dan akan dapatkan satu tarikh,” jelasnya.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan peminat apabila memaklumkan mahu memfailkan cerai terhadap Farid.
Diana ketika tiba di mahkamah bagi proses failkan cerai.
Bagaimanapun, Farid menjelaskan rumah tangga mereka dalam keadaan baik selain kemarahan Diana disebabkan salah faham kecil dan mereka masih tinggal sebumbung.
Diana bagaimanapun menyangkal perkara itu selain sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp.
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
sumber: mstar
Leave a Reply