Belas4h Sampai K0ma & Terbaring, Anak Pula Disahkan OKU… Netizen Bengang Bekas Suami Jahidah Masih Bebas -”Jantan Tak Guna Tu Boleh Kahwin Lain…”

Ramai menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap kes penderaan dilakukan seorang lelaki terhadap isterinya, Jahidah Nordin, 46, sehingga menyebabkan wanita itu koma.

Kini selepas selepas tiga tahun berlalu, kes tersebut masih belum selesai dan mangsa belum mendapat keadilan, membuatkan ramai netizen naik angin.

bekas suami Jahidah Nordin

Menerusi laman sosial X, netizen meluahkan rasa berang selepas tular berita bahawa Jahidah kini masih terlantar dan anaknya Eshan Nufail, 3 tahun pula berstatus OKU.

Adik Jahidah, Fauziah baru-baru ini ada berkongsi perkembangan terbaru kakak dan anak buahnya itu. Katanya keadaan Jahidah masih sama, hanya terbaring atas katil dab diberikan susu menerusi tiub serta perlu diuruskan keluarga sepenuhnya.

Eshan Nufail, disahkan sebagai OKU kerana pertumbuhan yang perlahan termasuk masih tidak boleh bercakap serta berjalan selain memiliki berat hanya 9.5 kilogram. Eshan juga perlu jalani rawatan fisioterapi dan amat memerlukan perhatian rapi dari keluarga.

Jahidah Nordin terlantar

Jahidah Nordin dan anak

Masih bebas, boleh pula kahwin lain

Menerusi X, ramai netizen meluahkan rasa berang kerana bekas suaminya, Rosmaini Abd Raof, 41, yang menjadi penyebab terhadap semua itu kini masih bebas dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Rata-ratanya berasa marah kerana Rosmaini masih bebas dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa selepas apa yang dilakukannya terhadap bekas isterinya malah dikatakan sudah berkahwin lain.

Terdahulu, pada Ahad lalu Mahkamah Sesyen Johor Baru menangguhkan keputusan kes selepas peguam Rosmaini, Mohd Salleh Togimin memaklumkan anak guamnya dimasukkan ke Hospital Pendang, akibat sesak nafas, petang Sabtu.

Pada 17 Jun 2021 dahulu, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, itu.

Jahinda

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : x

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*