JUARA program Kilauan Emas 2024 iaitu Roziah Abdul Hamid tidak akan membazirkan wang kemenangan sebanyak RM30,000 yang diterima untuk berseronok tau dibelanjakan ke arah tidak sepatutnya.
Sebaliknya kata Roziah atau Gie, 48, dia akan menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan semua hutang piutang miliknya yang masih belum dilunaskan.
“Jujurnya wang kemenangan ini memang saya nak langsaikan hutang. Kalau ditakdirkan saya ‘pergi’ dan masih ada hutang takut ‘tergantung’.
Gie mahu langsaikan hutang-hutang tertunggak.
“Wang ini serba sedikit dapat bantu saya langsaikan hutang, tambahan pula saya pun sudah lama sakit,” katanya.
Gie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media final Kilauan Emas 2024 yang diadakan di Royale Theatre Shah Alam, Selangor pada Sabtu.
Berkongsi lanjut, Gie berkata, jika masalah hutang sudah selesai barulah dia akan berfikir untuk menunaikan umrah di Makkah menerusi pakej dimenanginya sebagai hadiah tambahan.
Tambah Gie, dia sudah lama pasang niat menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah dan tidak menyangka rezeki itu diperoleh selepas bergelar juara Kilauan Emas 2024.
“Selesaikan segala hutang dahulu, nanti nak pergi buat umrah pun hati jadi tenang.
“Syukur menang pakej umrah, kalau nak pergi sendiri tak mampu sebab saya bukan orang senang.
“Memang dah lama teringin nak ke Makkah. Tak sangka pula antara hadiah saya menang adalah pakej umrah, ujarnya.
Gie juara Kilauan Emas 2024.
Pada malam Sabtu, Gie dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2024 sekali gus menewaskan lima finalis lain aitu Sidi, Ina, Sue, Wan dan Ron.
Tidak terhenti di situ, Gie juga diberikan Anugerah Emas Berkilau of The Week selepas memberikan persembahan memukau di pentas akhir pertandingan tersebut.
Kemenangan tersebut membolehkan Gie
membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej umrah dan pakei percutian di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sumber: mstar
Leave a Reply