Buah Pinggang Ebby Yus Rosak, Perlu RM5k Sebulan Untuk Sewa Mesin Dialisis – ‘Tak Ada Jalan Lain Melainkan Ada Penderma’

Pelawak dan pelakon, Ebby Yus berkongsi keadaan terkini dirinya selepas dibenarkan pulang dari hospital pada 23 November lalu.

Buah pinggang Ebby rosak

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid memaklumkan buah pinggangnya sudah pun rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis air susulan keadaan jantungnya yang agak lemah.

Buah pinggang saya dah rosak dan sekarang ini perlu jalani rawatan dialisis darah.

Tapi saya tak boleh jalani rawatan dialisis darah disebabkan oleh kekuatan jantung saya yang kurang. Jadi, terpaksalah doktor tukar kepada rawatan dialisis air melalui perut.

Dan sekarang ini saya latih diri untuk buat rawatan dialisis sendiri. Satu hari, tiga atau empat kali.

Tambah Ebby, tiada cara lain untuknya merawat penyakit melainkan ada penderma yang sudi menderma organ buah pinggang kepadanya.

Sebenarnya dialisis ini dah tak ada jalan lain melainkan ada penderma buah pinggang. Tetapi saya bersyukur saja dengan apa yang datang sebab buruk dan baik itu datangnya daripada Allah SWT dan kita terima dengan reda.

Kita mohon saja doa dari Dia dan doa dari peminat serta kawan-kawan, beginilah keadaan saya.

Terharu ramai beri semangat

Ditanya mengenai perasaan dirinya ketika ini, pelakon yang terkenal menerusi sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) memaklumkan dia tidak berasa sedih dengan penyakit yang dihidapi.

Sebaliknya terharu dengan sokongan yang diberikan orang sekeliling. Walau bagaimanapun, Ebby juga risau jika keadaannya itu menyusahkan orang sekeliling.

Sejak saya keluar hospital, ramai orang yang saya tak kenal tetapi datang melawat dan ziarah saya.

Saya tak pernah kesal dengan penyakit yang saya terima ini tetapi saya sangat sebak bila mana Allah hadirkan saya sahabat dan peminat yang sangat mengambil berat tentang saya.

Cuma apa yang saya risau ialah kalau saya ini menyusahkan kawan-kawan saya.

Bukan itu saja, Ebby memaklumkan terdapat rakan artis yang bertungkus-lumus mahu membantu dirinya mendapatkan mesin rawatan dialisis yang perlu disewa dengan harga RM5,000 sebulan.

Dan yang lebih terharu lagi adalah apabila kawan-kawan sentiasa memberikan semangat, mereka datang tanya khabar dan cuba sedaya upaya nak membantu saya.

Contohnya, ada rakan seperjuangan saya yang mencuba bersungguh-sungguh untuk dapatkan mesin bagi rawatan dialisis air.

Mesin itu agak mahal bahkan saya sendiri tak mampu. Sewa dia sebulan dalam RM5,000.

Saya berasa sangat terharu dan bersyukur kerana dikurniakan keluarga, adik-beradik serta rakan-rakan yang betul-betul memahami saya.

Terdahulu, Ebby Yus menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang selama 17 hari sebelum dibenarkan pulang pada 23 Oktober lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid menjalani pembedahan kecil pada bahagian perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah.

VIDEO

@melodiberapi

Melodi menziarah ke kediaman pelawak Ebby Yus baru-baru ini.. semoga abang Ebby kuat dan terus semangat! #meloditv3 #ebbyyus #dialysis

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: Melodi TV3

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*