CUACA buruk yang melanda menyebabkan pesawat China Airlines C1782 gagal mendarat sebanyak tiga kali sehingga mencetuskan kemarahan penumpang kelas perniagaan.
Susulan kejadian itu, kakitangan syarikat penerbangan tersebut tampil memohon maaf dengan melutut.
Menerusi rakaman video tular, seorang kakitangan darat dilihat menaiki pesawat terbabit dan melutut memohon maaf kepada penumpang, menyebabkan syarikat penerbangan tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Rakaman itu juga menjelaskan bahawa pesawat yang dinaiki cuba mendarat di Lapangan Terbang Taoyuan sebanyak tiga kali tetapi gagal.
Susulan itu, ia terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Kaohsiung, yang menyebabkan beberapa penumpang kelas perniagaan tidak berpuas hati.
Video tular itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya dengan kebanyakannya mengecam tindakan penumpang terbabit.
Dalam pada itu, pada Sabtu, ETtoday melaporkan, kegagalan pesawat China Airlines C1782 melakukan pendaratan adalah berpunca daripada kesan taufan Super Kong-rey yang melanda.
Malah kebanyakan jadual penerbangan pada 31 Oktober lalu terpaksa dibatalkan seterusnya member kesan kepada penerbangan China Airlines C1782 yang turut sama gagal melakukan pendaratan.
sumber: mstar
Leave a Reply