SEJAK bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata, pelakon Che Puan Juliana Evans tidak pernah terfikir meninggalkan bidang seni
Sebaliknya Juliana Sophie Johari Evans, 35, berpendapat, setiap wanita perlu mempunyai kerjaya atau hobi bagi mengelak daripada mengalami masalah berkaitan mental.
“Saya tidak pernah meninggalkan dunia lakonan kerana itu adalah minat saya malah merindui set penggambaran dan kawan-kawan.
“Sebagai ibu, kita perlu menjadi diri sendiri. Saya juga melalui apa setiap ibu di luar sana lalui. Selepas melahirkan anak, hidup kita berubah sepenuhnya di mana fizikal dan mental berubah.
Juliana tidak pernah terfikir untuk bersara dalam dunia seni.
“Saya sedar keutamaan saya sudah berubah tetapi dalam masa sama sebagai ibu dan wanita kita perlu mempunyai kerjaya serta sibukkan diri bagi menjaga kesihatan mental,” katanya.
Dalam pada itu, Juliana berkata suaminya laitu Tengku Shariffuddin Shah tidak pernah menghalang malah memberi sokongan penuh dia bergiat aktif dalam bidang seni.
Bagaimanapun sejak lima tahun lalu, dia sendiri memilih memperlahankan karier seni demi memberi tumpuan kepada rumah tangga.
“Saya sudah perlahankan karier seni sejak lima tahun lalu dan sudah tiba masanya saya kembali aktif.
“Sebelum ini saya pernah menjadi suri rumah dan menjaga anak-anak dan rutin saya setiap hari memang sibuk dengan mereka,” ujarnya.
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Haji pada 30 April 2017.
Tengku Shariffuddin Shah merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 5, dan Tengku Ihsan yang kini berusia setahun.
Dalam perkembangan lain, Juliana bakal muncul dalam filem pertama selepas melahirkan cahaya mata kedua pada Jum tahun lalu berjudul Bisikan Dosa.
Juliana kini merupakan ibu kepada dua cahaya mata.
Jelas Juliana, dia terbuka hati kembali berlakon bukan sahaja jatuh cinta dengan watak tetapi lokasi dan waktu penggambaran.
“Sejak bergelar seorang ibu saya memang memilih sebab memegang prinsip sendiri.
“Sekarang kalau berlakon saya akan pastikan sudah sedia dari segi fizikal dan mental,” katanya.
Selain Juliana, Bisikan Dosa turut dibintangi barisan pelakon termasuk Farid Kamil, Uqasha Senrose dan Sherry Merlis.
sumber: mstar
Leave a Reply