Hanya bertahan 2 tahun, pasangan pelakon Jay Iswazir dan Azzahra Ahmad bercer4i

DUNIA hiburan terus dibanjiri dengan berita penceraian selebriti dan kali ini giliran pasangan pelakon Jay Iswazir dan Azzahra Ahmad pada 28 Oktober lalu.

Azzahra memberitahu mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur namun enggan mendedahkan punca perpisahan mereka.

Sebaliknya jelas Azzahra, dia tampil menjelaskan perkara tersebut bagi mengelak fitnah dan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Perkahwinan Jay dan Azzahra hanya mampu bertahan selama dua tahun.

“Saya tidak mahu buat sebarang kenyataan, cukup orang tahu yang saya dan Jay sudah bercerai pada 28 Oktober lalu.

“Mula-mula nak diamkan perkara ini (penceraian) atas sebab tertentu tetapi kena juga beritahu untuk jelaskan perkara sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Azzahra meluahkan rasa sedih melihat ramai pasangan selebriti bercerai sepanjang Oktober ini.

Namun, pelakon tersebut berkata, dia reda menerima ujian yang diberi Allah SWT berkaitan rumah tangganya.

“Doakan yang terbaik untuk kami. Sedih juga ramai (arts) berpisah bulan ini tapi kami pun tak dapat elak daripada diuji, ujarnya.

Sebelum itu, Azzahra memaklumkan berita perpisahan dia dan Jay di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Kata Azzahra, dia kini sedang melalui tempoh idah dan mengucapkan terima kasih serta memohon maaf kepada bekas suaminya sekiranya mempunyai kekurangan sepanjang dia bergelar isteri.

Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*