Farid Kamil Titip Nasihat Untuk Anak-Anak – ‘Jalani Kehidupan Kalian Dengan Ilmu Agama Di Dada’

Kasih sayang pelakon Farid Kamil sebagai seorang suami dan bapa tidak terhakis sedikit pun, walau rumah tangganya bersama isteri Diana Danielle kini sedang dilanda badai.

Kasih sayang suami & bapa

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh sperMAX (@spermaxforhim)

Menerusi podcast Sembang Kaki Lima, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 43,  menzahirkan rasa sayangnya terhadap isteri dan anak-anak.

Farid juga rela melakukan apa sahaja demi insan-insan penting dalam hidupnya itu.

Saya sayangkan isteri dan anak-anak sampai sekarang.

Saya sanggup buat apa sahaja demi memenangi hati mereka. Itulah maksud keluarga bagi saya.

Nasihat buat anak-anak

Dalam masa yang sama, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu turut menitipkan nasihat buat kedua-dua cahaya matanya agar sentiasa menjaga rukun Islam yang kedua iaitu solat.

Baba nak cakap dekat Muhammad dan Aurora..baba sayang anak-anak baba.

Jangan tinggal sembahyang, ingat sembahyang selalu.

Jalani kehidupan kalian dengan penuh ilmu agama di dada, barulah kalian berjalan dengan selamat dalam hidup dengan penuh fana.

Isnin lalu, Diana membuat mengumuman mengejutkan menerusi hantaran di Instagram dengan memberitahu bahawa dia akan bercerai buat kali kedua dengan Farid.

Terdahulu, selepas 11 tahun berkahwin, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023.

Bagaimanapun, pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh iddah. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: IG Spermaxforhim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*