PELAKON Diana Danielle menafikan dia dan suaminya iaitu aktor Farid Kamil ada berhubung selepas kemelut rumah tangga mereka hangat diperkatakan.
Malah Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, memberitahu dia juga sudah meminta Farid untuk keluar dari rumah mereka.
“Kami tidak bercakap di telefon semalam.
Perkongsian Diana di Instagram.
“Saya sudah beri notis di Whatsapp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui proses penceraian, katanya.
Diana menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada awal pagi Kahmis selepas Farid memberi komen kepada media tentang rumah tangga mereka.
Tambahnya dia menjelaskan perkara tersebut agar tidak timbul sebarang persoalan yang tidak sepatutnya.
“Saya tidak akan benarkan hal yang tidak pernah berlaku dikatakan berlaku.
“Saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati,” tegasnya.
Sementara itu dalam satu hantaran berbeza Diana juga member gambaran seolah-oleh Farid sengaja mengeluarkan kenyataan yang memihak kepada dirinya.
Farid memaklumkan dia dan Diana masih berhubung.
“Salahkan apa sahaja agar awak tidak perlu cakap bahawa awak telah sia-siakan peluang untuk perbetulkan keadaan,” jelasnya.
Ketika bertemu media pada malam Rabu, Farid memberitahu berlaku salah faham kecil antara mereka sehingga menyebabkan Diana sekali lagi mahu memfailkan cerai.
Malah dia juga menegaskan mereka masih tinggal sebumbung dan berhubung.
Diana nekad untuk teruskan penceraian.
Sejak petang Isnin, dunia hiburan kecoh apabila Diana dalam satu kenyataan di media sosial memberitahu nekad untuk bercerai selepas lebih setahun kembali rujuk dengan Farid
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
sumber: mstar
Leave a Reply