Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang jurusolek (MUA) yang kecewa setelah dikutuk oleh seorang pengantin mengenai hasil kerjanya.
MUA tersebut telah membuat sebuah hantaran di akaun Facebooknya, dia meminta agar pengantin tersebut memberikan penjelasan sebelum laporan polis menyusul.
Tolong clear benda ni sebelum report polis menyusul. Sebab tadi call cakap makeup semua okay je tapi tiba tiba last cakap ada touch up kat org lain.
Yang tukang make up tua tu pun kalau nak naik pun bukan dengan cara jatuhkan orang naih. Tua-tua pun kalau tak reti pikiaq payah jugak.. aku ingat dah pi mekah balik mai perangai huduh tu takdak dah.
Terdahulu, pengantin tersebut telah memuat naik sebuah hantaran menerusi status Whatsapp nya mengatakan hasil kerja MUA tersebut cincai, comot dan tidak kemas.
Mohon kepada bakal-bakal pengantin untuk selidik tentang mana-mana MUA yang akan make up untuk hari bahagia awak sendiri. Jangan jadi macam saya.
Saya agak terkilan kerana MUA yang saya hired tidak make up saya dengan kemas, cincai dan comot. Saya berasa sangat malu. Walaupun begitu, saya sangat bersyukur ada MUA lain yang sanggup tolong saya perbaiki make up yang cincai tu.
Pengantin tersebut turut menasihati kenalannya untuk tidak mengupah MUA tersebut.
Difahamkan MUA kedua yang menggantikan MUA pertama turut membuat kenyataan berkenaan insiden tersebut. Menurut MUA kedua, solekan daripada MUA yang pertama sangat tidak kemas sehingga menyebabkan ibu kepada pengantin terpaksa mencari MUA lain.
VIDEO
@lilyoodin
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Facebook
Leave a Reply