BEKAS isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kaza sudah terbiasa dengan kecaman netizen sehingga mampu mengambil sikap tidak peduli tentangnya.
Bagi Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, netizen mengecam disebabkan tidak tahu tentang perkara sebenar dan hanya meninggalkan komen berdasarkan maklumat diperoleh di media sosial.
“Tidak mengapa saya dah biasa kena kecam.
“Sebenarnya bagi saya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.
Ira berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Hi Tea With Anthon’s Leather pada Selasa.
“Mereka tak tahu perkara sebenar. Tidak mengapa, terpulang apa orang nak cakap., katanya.
Ira berkongsi perkara itu ketika hadir ke majlis Hi Tea With Anthon’s Leather di One World Hotel, Petaling Jaya pada petang Selasa.
Sebaliknya kata Ira, hatinya terguris apabila bapanya yang juga pelakon Kazar Saisi menjadi sasaran kemarahan netizen walaupun tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan.
“Sedih jugalah tapi Alhamdulillah ayah pun sekarang dah okay,” jelasnya.
Sementara itu, Ira memberitahu dia bakal mengeluarkan single terbaharu berjudul Tak Kisah tidak lama lagi.
Kata Ira, dia muncul dengan lagu tersebut kerana sudah tidak peduli dengan perkara negatif yang berlaku pada dirinya.
“Saya bakal keluarkan single tak lama lagi berjudul Tak Kisah. Insya-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video.
Tidak mengapa saya dah biasa kena kecam
IRA KAZAR
BEKAS ISTERI SYAMSUL YUSOF
“Tak Kisah sebab lantaklah dengan apa orang nak kata” ujarnya.
Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.
Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Ira teruja bakal melancarkan single pertamanya berjudul Tak Kisah.
Perkahwinan Ira dengan Syamsul tidak dikurniakan cahaya mata.
Dalam perkembangan lain, majlis Hi Tea With Anthon’s Leather diadakan bagi mempamerkan koleksi beg tangan kulit terbaharu daripada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Malah, jenama beg mendapat sambutan ramai dan sudah pun terjual sebanyak 500,000 unit.
sumber: mstar
Leave a Reply