Ustaz hairan geng mat motor iring jenazah warga emas, persoalan terjawab lepas dekati anak arwah

SELURUH makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk mendapatkan pengakhiran husnul khatimah iaitu noktah yang baik ketika ajal meniemput.

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang agamawan dikenali sebagai Ustaz Aziz tampil berkongsi pengalaman bermakna yang diperolehnya ketika menguruskan jenazah lelaki warga emas.

Kubur menjadi kediaman terakhir untuk setiap anak Adam. – Gambar hiasan

Ustaz Aziz yang juga Eksekutif Jabatan Syariah dan Dakwah Waqaf An-Nur menceritakan pengalamannya dalam satu temu bual siaran podcast, Langka Studio.

Menurut Ustaz Aziz, dia terpesona melihat konvoi motosikal yang berduyun-duyun mengiringi jenazah tersebut, sedangkan arwah tidak begitu megah popularitinya ketika hidup.

“Jenazah in dikebumikan pada sebelah malam, waktu itu saya dengan rakan setugas yang lain sudah siapkan liang lahad. Dari jauh saya nampak van jenazah memasuki tanah perkuburan membawa arwah untuk disemadikan.

“Tapi yang menariknya, saya nampak di belakang van jenazah tu ada geng motor dok ikut rapat, siapakah mereka ini? Saya tak rasa jenazah adalah kawan mereka, memandangkan arwah merupakan warga emas lelaki, umur sekitar 70 tahun.

“Saya lihat geng motor tu rata-ratanya guna motosikal kapcai yang selalu budak sekolah tunggang. Saya terdetik dalam hati, mungkin mereka ni mat rempit tapi takut nak potong van jenazah, itu yang ikut belakang je.

“Ternyata sangkaan saya meleset apabila budak-budak motor itu turut masuk ke dalam tanah perkuburan. Sebab musykil, saya pun tanya anak arwah, siapa yang ramai-ramai datang ni, semua nampak muda,” soal Ustaz Aziz.

Sungguh beruntung untuk menjadi arwah, di dunia lagi sudah nampak ganjaran daripada kebaikannya.

WARGA MAYA

Setelah berbual sebentar dengan waris, Ustaz Aziz akhirnya beriaya memperoleh jawapan yang dicari-cari.

“Anak arwah beritahu bahawa mereka ni adalah kumpulan remaja yang bapanya sering santuni, sejak mereka kanak-kanak arwah selalu ajak untuk ke surau dan mendekati agama.

“Selain itu arwah juga kerap belanja mereka makan seperti jajan dan sebagainya.

“Arwah sentiasa berbuat baik dengan mereka sejak kecil, jadi hubungan mereka itu sangat akrab, sampai arwah boleh dianggap sebagai ayah kedua mereka apabila di surau.

Pelayar bertukar pandangan.

“Oleh itu pemergian arwah amat dirasai walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah. Mengiringi jenazah ke liang lahad merupakan penghormatan terakhir mereka kepada arwah,” jelas Ustaz Aziz.

Melewati ke ruangan komen, rata-rata warga kagum dengan keperibadian arwah yang dianggap penyayang.

“Sungguh beruntung jadi arwah, di dunia lagi sudah nampak ganjaran daripada

kebaikannya, inikan pula di akhirat nanti, pasti dirinya dimuliakan.

“Jarang nampak anak muda boleh beramai-ramai iring jenazah orang tua, maksudnya arwah memang sangat penyayang. Ingat semua, yang tua kita hormati, yang muda disayangi,” ujar warga maya.

sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*