Suami isteri tinggalkan kerja makan gaji lepas balik umrah, kini gembira buka gerai di kampung… Khemah dibadai ribut tetap senyum

KEPUTUSAN untuk berhenti daripada kerja tetap dan membuka perniagaan sendiri adalah satu langkah besar yang memerlukan pertimbangan sewajarnya.

Begitulah yang dilakukan Zaniha Zainal, 27 yang nekad untuk berhenti keria makan gaji di Selangor untuk memulakan perniagaan dengan suami, Sholehuddin Arif, 27, pada awal tahun ini.

Bercerita kepada m Star, katanya, hasrat untuk berniaga sendiri adalah impiannya sejak awal perkahwinan dua tahun lalu namun tidak diteruskan gara-gara ketandusan idea dan kekangan masa.

“Bulan Februari lalu kami diberi peluang untuk jadi tetamu Allah menunaikan umrah bersama. Di sana, kami berdoa bersungguh-sungguh untuk mula bekerja sendiri dengan bisnes.

Satu keputusan besar dibuat selepas pasangan ini pulang menunaikan umrah.

“Alhamdulillah, balik dari tunaikan umrah tu segala urusan menjadi lancar dan kami berjaya memulakan perniagaan pertama bulan Mac dengan menjual sabun ‘homemade’ di TikTok.

“Beberapa bulan berniaga, saya dan suami pun ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke Melaka memandangkan kami memang sudah ada rumah sendiri di sana.” ujarnya.

Menurutnya yang sebelum ini bekerja di bahagian pemasaran dan rekaan digital, dia tidak ralat meninggalkan kerjayanya itu dengan pendapatan RM4,000 sebulan.

Bercerita mengenai pasangannya, Zaniha berkata, suami yang bekerja sebagai pengendali skylift dan kren turut meninggalkan pekerjaannya di Selangor.

“Alasan utama pilih jalan ni sebab dengan berniaga sendiri masa lebih fleksibel dan boleh sentiasa bersama keluarga.

“Kami berdua memang kerap ulang alik ke Melaka sebab sentiasa banyak program keluarga. Kami banyak terlepas momen bersama famili yang kami rasa sangat mahal

“Saya tak rasa rugi sebab bidang kerja ni sangat luas. Walaupun berhenti kerja saya masih aplikasikan lagi cara kerja dalam berniaga,” jelasnya.

Saya bersyukur dapat pasangan yang sentiasa bagi sokongan dan ada tujuan sama untuk berniaga sendiri

Perniagaan pasangan ini mula berkembang apabila mereka turut menjual minumpan kopi dengan membuka tapak perniagaan di Floating Market Melaka sejak dua bulan lalu.

Zaniha berkata, dia tidak dapat melupakan momen terpaksa memegang khemah di gerainya agar tidak diterbangkan angin ketika dilanda ribut yang mana ia turut diabadikan meneri video dimuat naik di TikTok.

Rakaman itu meniadi tular dan dihujani komen memuji pasangan ini apabila mereka tetap tersenyum meneruskan perniagaan ketika itu.

“Kalau tanya macam mana sava boleh harungi kepayahan berniaga ni saya tiada jawapan spesifik cuma saya rasakan semua ni berkat doa ibu bapa dan keluarga.

Zaniha dan Sholehuddin kini berniaga sendiri di Melaka.

“Saya bersyukur dapat pasangan yang sentiasa beri sokongan dan mempunyai minat sama untuk berniaga sendiri. Saya kongsi video tu untuk kenangan di mana kami baru mula berniaga secara fizikal.

“Dari segi pendapatan, saya bersyukur rezeki kami bertambah dengan lebih satu sumber pendapatan. Berbeza dengan dulu, kami berdua hanya bergantung pada satu pendapatan semata-mata.

“Nasihat saya, apabila kita nak buat sesuatu kena berdoa betul-betul dengan Allah sebab kalau Dia tak izinkan… peluang depan mata sekali pun kita tetap tak akan nampak,” ujarnya.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*