Kanak-Kanak 9 Tahun Meningg4l Dunia Selepas Dij4ngkiti H1V Daripada Ibu

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Maut dijangkiti HIV

Kanak-kanak perempuan, F, yang berasal dari Indonesia itu dijangkiti penyakit tersebut daripada ibunya yang sedang sakit tenat.

Bercerita kembali mengenai punca penyakit itu terjadi, nenek mangsa iaitu Kanipah, 57, memaklumkan cucunya itu sering menemani ibunya sehingga ada satu ketika keadaan tubuh wanita tersebut mengeluarkan nanah.

Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada tahun 2021 akibat penyakit kulit dan selepas daripada itu, kanak-kanak terbabit tinggal bersama bapanya.

Tidak lama selepas itu, keadaan kesihatan mangsa tiba-tiba merosot dan selepas mendapatkan pemeriksaan di hospital, mangsa disahkan menghidap penyakit TB (Tuberkulosis).

Saya baru tahu ibu mangsa (F) meninggal kerana HIV, keluarga dia yang memberitahu waktu F  dirawat.

F tak pernah tanya tentang penyakitnya tapi dia biasa cakap sendiri ‘Kenapa mama tergamak bagi penyakit mama kepada aku?’

Keadaan kesihatan mangsa dikatakan semakin lemah dimana kulitnya semakin teruk dan berat badannya juga menurun daripada 21 kilogram kepada 12 kilogram.

Mak cik F yang bekerja sebagai sukarelawan komuniti Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) kata kalau HIV peringkat akhir akan menyerang kulit. Jadi dia diberi rawatan, infus dan sebagainya.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada 23 Oktober lalu.

Setiap malam dia berdoa, membaca al-Fatihah, surah-surah pendek, sambil membawa tasbih. Dia berkata, ‘Uti, tolong bacakan Yasin untukku, sudah malam.’ Dia tidur sebentar kemudian meminta dibacakan Yasin lagi.

Difahamkan, orang yang mengidap HIV berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan TB kerana sistem kekebalan mereka lemah. TB adalah salah satu penyebab kematian tertinggi di kalangan pesakit HIV/AIDS, terutama jika HIV tidak dirawat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: Tribunnews

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*