SELEPAS 15 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Que Haidar mendedahkan dia dan isteri iaitu Linda Jasmine sudah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Que atau Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45, berkata, walaupun jodoh tidak panjang namun mereka menerima ketentuan Allah SWT malah masih mengekalkan hubungan baik.
“Allahuakbar, Alhamdulillah itu (penceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan terbaik untuk saya dan Linda… Kami masih baik, tiada siapa mahu bercerai.
“Mungkin ini jalan terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu,” katanya.
Que dan Linda (kiri) sepakat untuk berpisah.
Que berkongsi perkara itu ketika ditemui di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.
Dalam pada itu, aktor berkenaan enggan mendedahkan punca penceraian memandangkan ia terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.
Jelas Que, dia bersyukur kerana anak-anaknya iaitu Ratu dan Cleopatra sudah matang dan menerima penceraiannya dan Linda dengan baik.
“Hal rumah tangga merupakan hal peribadi. Perkara seperti ini (penceraian) bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan sendiri, doakan terbaik,”
“Kami masih saling memberikan sokongan, apa terbaik untuk kami berdua dan anak-anak. Tidak ada benda perlu diuar-uarkan atau dikongsi.
“Hubungan kami masih sangat baik dan Alhamdulillah anak-anak juga terima semua ini dengan matang. Tiada perbalahan antara kami,” ujarnya.
Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009.
Saya minta semua doakan terbaik untuk saya dan Linda. Kami masih baik tiada siapa mahu bercerai
QUE HAIDAR PELÄKON
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.
Dalam perkembangan lain, Que meluahkan rasa gembira kerana drama arahannya berjudul Bahalol berjaya membawa pulang empat trofi utama di ASA2024.
Bahalol merangkul anugerah Drama TV Terbaik di ASA2024.
“Alhamdulillah saya gembira dengan kemenangan ini tapi kesemua calon top 5 yang bertanding memang terbaik.
Kemenangan ini adalah rezeki buat kami.
“Saya dapat idea drama ini dua tahun sebelum menjalani penggambaran. Tercetusnya drama ini kerana saya ingin berlakon bersama Liza.
“Liza antara seniwati yang saya teringin untuk bekerjasama. Lakonannya sangat mantap.
Pada asalnva watak Bahalol itu adalah untuk saya tetapi saya rasa abang Sobri adalah orang yang paling tepat untuk memainkan peranan itu,” katanya.
Pada Malam Kemuncak ASA2024, Bahalol berjaya mendominasi dengan kemenangan yang diraih bagi kategori Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Drama TV Terbaik jaitu Sobri Anuar dan Liza Abdullah serta Pembantu Lelaki TV Terbaik.
sumber: mstar
Leave a Reply