Pelakon Atiq Azman akhirnya mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Alia.
One step closer
Menerusi beberapa posting di Instagram, Atiq dan Alia selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka semalam. Memakai busana berwarna ungu cerah, Atiq turut meletakkan kapsyen ‘one step closer’ di posting tersebut di mana hanya satu langkah sahaja lagi mereka bakal bergelar suami isteri.
Majlis yang dipercayai diadakan secara tertutup itu dihadiri keluarga, saudara mara dan sahabat mereka sahaja. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! selebriti dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah dan suami turut hadir majlis pertunangan Atiq.
Di ruangan komen pula, rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat Atiq. Pada masa yang sama, mereka tidak sabar untuk melihat pelakon drama ‘Nur’ itu berkahwin.
Terdahulu, Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah bin Raja Azman Syah memberi ‘hint’ bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Semoga dipermudahkan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :: Atiq Azman
Leave a Reply