Penduduk sekitar Cyberjaya diingatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berada di tempat awam terutamanya golongan wanita dan pada waktu malam.
Seorang penduduk berkongsi tentang lelaki dipercayai warga asing yang sering dilihat bergegar-legar di kawasan Tamarind Square dan akan mengekori wanita dari belakang.
(Lelaki itu) macam tengah fikir nak buat sesuatu dekat perempuan. Dah banyak kali dan dia memang akan ada di kawasan Barbaros.
RED ALERT ‼️⚠️⚠️
ORANG PEREMPUAN SILA EXTRA BERHATI-HATI KALAU JUMPA LELAKI NI KAT AREA CYBERJAYA. NI KALAU DAPAT BUAT URINE TEST DULU, LAIN MACAM MUKA CENGKUNG DIA.@PDRMsia @imigresenmy
VIDEO DEKAT BAWAH pic.twitter.com/PkDvoKersN
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) October 24, 2024
Peringatan yang dikongsikan dalam group komuniti penduduk kawasan Cyberjaya itu mendapat perhatian dan ada yang pernah melalui pengalaman buruk dengan lelaki terbabit.
Dulu waktu I balik kerja malam, dia tegur ingatkan nak minta tolong tetapi dia minta nombor telefon. Memang I tak bagi la then dia ajak borak. Time tu memang dah takut I cakap nak gerak, then dia follow dari belakang.
Dia kemudian berjalan menuju ke arah bahagian yang mempunyai orang awam sebelum meminta tolong kepada seorang wanita untuk menyamar seolah-olah mengenalinya. Bernasib baik, wanita berkenaan juga berhati baik membantu menghantarnya pulang dengan selamat.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : X
Leave a Reply