Pelakon Sherry Ibrahim tampil berkongsi kisah kehidupannya ketika bergelar pramugari suatu ketika dahulu.
Mengaku rindukan fasa bertugas di awan biru, Sherry berkata ketika itu dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu namun tidak pernah bertindak liar.
Lihat siaran ini di Instagram
Saya suka kehidupan saya yang dulu sebagai pramugari. Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahukan.
Saya memang innocent. Kalau seminggu di Paris saya akan pergi shopping, balik hotel tidur atau tengok TV. Kadang-kadang makan bersama kru lain sebab kami bawa bekal.
Kongsi Sherry lagi, dia tidak mempunyai pengalaman bercinta seperti orang lain sejak bergelar artis.
Saya tak pernah keluar bercinta atau pegang-pegang tangan daripada dulu, tak pernah rasa benda-benda macam tu sejak jadi artis.
Pelakon yang mula dikenali sejak membintangi drama Teduhan Kasih itu pernah bekerja sebagai pramugari selepas tamat persekolahan.
Nama Sherry menjadi sorotan warga maya setelah dia mengucapkan kata-kata semangat buat bekas teman istimewanya, Fattah Amin usai perceraian aktor itu baru-baru ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply